Connect with us

Oh! Media

Sebuah Pam Minyak Musnah Terbakar Di Rantau Panjang, Polis Percaya Pemilik Kereta Terlibat Seludup Minyak

Ohmedia petronas terbakar

Trending

Sebuah Pam Minyak Musnah Terbakar Di Rantau Panjang, Polis Percaya Pemilik Kereta Terlibat Seludup Minyak

Pagi tadi, sebuah stesen minyak yang terletak di Rantau Panjang, Pasir Mas Kelantan telah mengalami kebakaran. Kejadian pada ja 8.30 pagi itu berpunca dari sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar akibat mengisi minyak ke dalam tong plastik.

Hasil siasatan, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir percaya pemilik kereta Kancil itu terlibat dengan aktiviti penyeludupan bahan api ke negara jiran.

Saksi kejadian yang juga merupakan pekerja stesen minyak ternampak api mula menyala daripada bahagian bawah kereta ketika pemandu sedang mengisi minyak. Akibat dari itu, sebuah pam minyak telah musnah sepenuhnya.

IKLAN

Api dikatakan telah merebak ke bahagian belakang kereta sebelum pemilik kenderaan terus melarikan diri. Saksi juga memaklumkan tiada unsur khianat yang menyebabkan kebakaran tersebut.

Kes kabakaran ini akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas