Connect with us

Oh! Media

Sebanyak 2,921 Laman Porno Disekat Di Malaysia

Ohmedia video lucah

Trending

Sebanyak 2,921 Laman Porno Disekat Di Malaysia

Bila masa banyak dihabiskan di rumah dan tidak bekerja, laman web lucah atau pornografi memang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia.

Ini adalah aktiviti yang tidak sihat dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan mereka telah menyekat 2,921 laman web yang mengandungi pornografi sejak tahun 2018.

Tindakan undang-undang juga diambil terhadap pemberian atau penyebaran kandungan berunsur lucah di platfom media sosial.

Ia menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. – Menurut MCMC kepada Harian Metro.

Sebelum ini telah tersebar kajian yang menunjukkan 4 daripada 10 rakyat Malaysia didapati melayari laman web lucah dalam tempoh seminggu.

IKLAN

Lebih menyedihkan lagi bila data juga menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-4 dunia melayari laman lucah selepas Slovakia, Bulgaria dan Ireland dan merupakan negara pertama di Asia.

Apa yang dapat kita lakukan untuk memastikan aktiviti tidak sihat ini dapat dikawal?

Jika korang mengetahui ada berlaku penyebaran kandungan lucah boleh salurkan aduan melalui emel di [email protected], WhatsApp di talian 016-220 6262 atau portal aduan pada pautan https://aduan.skmm.gov.my/.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas