Connect with us

Oh! Media

Sebab Tak Asing Minuman Keras, KK Supermart Diarah Tutup

Trending

Sebab Tak Asing Minuman Keras, KK Supermart Diarah Tutup

Tular di media sosial tentang penjualan stoking dengan kalimah Allah di KK Supermart. Satu cawangannya di Jementah pula diarah tutup kerana tidak mengasingkan arak dengan minuman lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Kalimah Allah Tertera Pada Stoking, KK Super Mart Jelaskan Ia Datang Dari Pihak Vendor

Menurut laporan Berita Harian, pemeriksaan dilakukan untuk mengesan penjualan stoking dengan kalimah Allah namun menemukan minuman keras yang disusun bersama minuman biasa.

Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas premis itu mendapati tiada penjualan atau penyimpanan stoking yang menulis kalimah ALLAH.

Tindakan itu menyebabkan arahan penutupan premis yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Segamat (MPS).

Premis tersebut diberi arahan menutup operasi serta-merta selaras peruntukan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017, kerana dikesan tiada pengasingan dibuat bagi minuman keras dan minuman biasa.

Pihak berkuasa menemukan minuman keras yang disorok tanpa lesen sah di dalam kedai seberneka itu.

Sebanyak 196 botol minuman keras telah disita selaras dengan Undang-Undang Kecil 50 (1) Undang-Undang Perlesanan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata operasi besar-besaran dilakukan serentak dan membabitkan 10 daerah di negeri Johor.

Operasi bersepadu ini adalah langkah segera yang diambil Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menurut titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenaan kalimah Allah perlu dimuliakan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas