Connect with us

Oh! Media

“Saya Tidak Akan Pertahankan Anak” – Tular Semula Surat Terbuka Bapa Syed Iqmal 5 Tahun Lalu

Ohmedia syed Iqmal

Trending

“Saya Tidak Akan Pertahankan Anak” – Tular Semula Surat Terbuka Bapa Syed Iqmal 5 Tahun Lalu

Tular semula di media sosial surat terbuka yang pernah ditulis bapa Syed Iqmal iaitu Seif Jamalullail lima tahun lalu selepas anaknya terpalit dakwaan merogol.

Dalam surat itu, beliau menyatakan sudah memberi didikan yang sempurna mengikut agama sejak kecil kepada anaknya.

Syed Iqmal

Dia juga sudah berusaha sebaiknya untuk menegur dan memberi nasihat namun mesej hanya diabaikan tanpa sebarang respon.

IKLAN

Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah SWT untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yang benar dan diredhai. Saya lebih rela dia diadili di dunia daripada dihadap di akhirat di hadapan Qadhi Rabbul Jalil.

Beliau menasihati individu yang bermuamalah dengan anaknya supaya berhati-hati terutamanya wanita. Beliau juga meminta individu yang mengaku mangsa supaya membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.

Jelas Seif Jamalullail lagi, mereka sekeluarga sudah letih dengan isu sebegini dan adik-adiknya yang masih belajar turut tertekan apabila sering disindir rakan-rakan di sekolah.

Peringatan terbuka kepada Da’i Syed, jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatan kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu.

Jumaat lalu, peserta program dakwah Da’i Syed dihukum penjara 10 tahun dan tiga  sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominium pada 2019.

Ohmedia syed Iqmal

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @fakhruladli


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas