Connect with us

Oh! Media

“Saya Takkan Bagi Muka” – Dituduh Kaki Belit Macam Ular, Yuka Kharisma Nak Saman Madammu

Ohmedia madammu

Trending

“Saya Takkan Bagi Muka” – Dituduh Kaki Belit Macam Ular, Yuka Kharisma Nak Saman Madammu

Baru-baru ini, usahawan terkenal Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu mencetuskan kontroversi apabila mendakwa penyanyi, Yuka Kharisma sebagai seorang kaki belit seperti ular.

Dakwaan itu dibuat Madammu menerusi satu sesi live di TikTok ketika mengulas isu pembatalan konsert Aisya Retno bersama penganjur Kharima Music.

Yuka Kharisma sedia ambil tindakan tegas!

Menurut Madammu, dia tidak mengenali Aisha secara peribadi. Dia bagaimanapun mendakwa mengetahui “sikap sebenar” Yuka dan menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan penyanyi itu sebagai tidak menyenangkan.

IKLAN
Yuka Kharisma

Tidak berdiam diri, Yuka tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan kesediaannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang dilemparkan.

Dulu saya bagi peluang untuk tidak ambil tindakan. Sebab klien jenis macam ni tak nak faham pasal hak cipta lagu yang sudah tertulis di dalam invoice. Tapi kali ini saya takkan bagi muka dan saya akan ambil tindakan yang keras terhadap fitnah melampau ni.

Difahamkan, konflik di antara Madammu dan Yuka tercetus ketika bekerjasama menghasilkan lagu tema untuk produk kosmetiknya, Noir Noir Noir sebelum ini.

Madammu jawab, “waiting”

Madammu new

Disebabkan pengalaman buruk yang pernah dilaluinya, Madammu memberi amaran kepada orang lain supaya berhati-hati.

Madammu bagaimanapun tidak melatah dengan ugutan saman tersebut dan membalas dia hanya ‘menunggu’ tindakan seterusnya.

Ohmedia madammu

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Yuka Kharisma


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas