Trending
“Saya Rasa Tak Percaya, Baru Jumpa Anak Cucu Semalam” – Kemalangan Maut Di Pahang
“Saya rasa tak percaya anak sudah tiada. Baru semalam kami jumpa dan dia kata akan balik kampung minggu ini. Tak sangka, dia memang balik… tapi dalam keadaan sebaliknya,” luah Saidah Isa, 63, ibu kepada Noraini Ali, 42, yang maut dalam kemalangan tragis di Kilometer 34, Jalan Maran-Bandar Jengka, Pahang.
Noraini dan anak bongsunya, Aufa Medina Azuan, 7, serta seorang pelajar SMK Jengka 2, Nik Nurien Haziqah, 13, kehilangan nyawa dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan semalam.
Menurut Saidah, Noraini baru sahaja pulang ke Felda Jengka selepas dua hari berada di kampung.
Dia selalu balik dua minggu sekali, tapi kali ini sudah tiga minggu berturut-turut dia balik. Saya tanya juga, takut menyusahkan, tapi arwah kata suaminya tak kisah.- Katanya.
Saidah menerima berita sedih tersebut melalui panggilan telefon sekitar jam 8 pagi.
Tak sangka ini terjadi, doakan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.- Tambahnya.
Jenazah Noraini dan anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rusila. Mereka tiba di pekarangan Masjid Rusila pada jam 10 malam untuk solat jenazah sebelum dikebumikan kira-kira jam 11 malam.
Sebelum ini, laporan menyebut tiga orang, termasuk dua beranak, maut dalam kemalangan tersebut, sementara empat lagi cedera.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
