
Oh! Artis
“Saya Okey, Insya-Allah” – Naim Daniel
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel dituduh lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun.
Mahkamah Sesyen hari ini jadi tumpuan apabila seorang pelakon dan penyanyi, Naim Daniel hadir untuk menghadapi pertuduhan serius berkaitan gangguan seksual terhadap seorang remaja.
Beliau tiba kira-kira jam 8.34 pagi tadi dengan menaiki Mercedes hitam bersama peguam dan ibunya.
“Saya okey, Insya-Allah…”- Naim Daniel.
Sebaik turun dari kenderaan dan melangkah ke pekarangan mahkamah, selebriti berusia 28 tahun itu sempat menjawab ringkas kepada pertanyaan media yang menunggu.
Assalamualaikum, saya okey insya-Allah.- Katanya tenang.
Difahamkan, kehadiran selebriti ini adalah untuk menghadapi pertuduhan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi lanjut dikeluarkan oleh pihak beliau mahupun peguam.
Pssttt! Kes sebegini sememangnya sensitif dan mendapat perhatian ramai, apatah lagi melibatkan golongan selebriti. Kita harap kebenaran dapat ditegakkan dengan adil, tak kiralah siapa pun yang terlibat. Hormatilah proses mahkamah dan jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman. Biar undang-undang tentukan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
