Connect with us

Oh! Media

“Saya Mohon Semua Pihak Bersabar” – Ibu Bapa Zayn Terkejut Kerana Ditahan

Ibu Bapa Zayn

Oh! Tidak

“Saya Mohon Semua Pihak Bersabar” – Ibu Bapa Zayn Terkejut Kerana Ditahan

Sebelum ini, kami melaporkan perkembangan terbaru berkaitan kes adik Zayn Rayyan. Kedua ibu bapa kanak-kanak itu telah ditahan bagi siasatan lanjut.

BACA: Kes Bun*h Kanak-Kanak Autisme Disember Lalu, Ibu Bapa Mangsa Ditahan

Menurut laporan mStar, keduanya sangat terkejut selapas dikatakan menjadi suspek pembunuhan anak mereka itu.

IKLAN

Peguam, Mahmud Abdul yang mewakili kedua suspek itu berkata tempoh reman adalah untuk melengkapkan siasatan sahaja dan tidak tahu siapa lagi akan dituduh.

Zayn rayyan

Buat masa ini kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi, jadi saya mohon semua pihak bersabar dan mendoakan agar keluarga ini kuat menerima ujian tersebut.

Dia juga menyatakan tidak menyangka perkara ini akan terjadi tapi masih yakin dengan keputusan yang dibuat oleh pihak polis.

Kita akan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan telus dan terperinci demi keadilan.

Semoga pembunuh ditangkap secepatnya dan supaya adik Zayn Rayyan dapat keadilan. Marilah sama-sama kita doakan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas