Connect with us

Oh! Media

“Saya Disini Buat Kali Terakhir Hari Ini” – Haziq Hussni Tinggalkan Hot FM

Hot FM

Trending

“Saya Disini Buat Kali Terakhir Hari Ini” – Haziq Hussni Tinggalkan Hot FM

Kalau korang pendengar setia Hot FM, mesti kenal punya dengan penyampai radio mereka iaitu Haziq Hussni. Untuk pengetahuan, Haziq telah membuat pengumuman yang dia akan tinggalkan stesen radio itu.

ADVERTISEMENT

BACA : (VIDEO) Issey Sebak Ketika Siaran, Umum Undur Diri Dari Suria FM?

Menurut laporan Berita Harian, sejak penghujung 2021 lagi Haziq telah maklumkan kepada pihak pengurusan radio itu yang dia berhasrat tidak mahu sambung kontrak dan perkara ini dikatakan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

Sembilan tahun yang penuh suka dan duka bersama stesen Hot FM, sejak Mac 2013. Kemudiannya, saya diserap sebagai Zoomerz.

Seterusnya, saya bertugas sebagai penyampai radio bermula Oktober 2014.

Haziq berkata yang dia akan beri tumpuan dalam bidang perniagaan, pengacaraan dan acara. Bukan tu jer, hal ini juga sekaligus akan beri peluang untuk dirinya meluangkan masa bersama keluarga, tambah lagi selepas baru saja menimang cahaya mata ketiga pada 25 Mei lepas.

Banyak yang saya timba selama ini di Hot FM. Dari bawah sampai ke tahap sekarang, semuanya mematangkan saya.

Saya juga bertuah kerana terus mendapat sokongan rakan media, selama ini. Tak ketinggalan kepada semua yang terbabit dalam kembara saya di Hot FM.

Mesti ramai pendengar setia Hot FM yang bakal rindukan Haziq. Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan yang dipilih ya dan terima kasih kerana selalu menghiburkan kami.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas