Connect with us

Oh! Media

“Saya Diberikan Tugas Untuk Berlakon” – Prank Lumur Kek Rupanya Hanya Lakonan

Trending

“Saya Diberikan Tugas Untuk Berlakon” – Prank Lumur Kek Rupanya Hanya Lakonan

Kecoh di media sosial mengenai satu video prank yang dilakukan seorang pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Daing Ellando.

ADVERTISEMENT

BACA: “Apalah Buat Macam Ni” – Buat Prank Lumur Kek Pada Muka Orang Awam, TikTokers Teruk Dikecam Netizen

Mana taknya, video prank yang dilakukannya itu dianggap keterlaluan kerana dia bertindak melumurkan kek pada muka seorang wanita yang sedang berehat di sebuah taman rekreasi.

Rupanya video hanya lakonan

Terbaru, Daing Ellando tampil memuat naik satu video permohonan maaf bersama-sama dengan wanita yang terlibat dengan prank berkenaan.

@daing.ellando SITUASI SEBENAR & PERMOHONAN MAAF🥹 #ehhdaing #daingellando #ellando #aeonrajaviral #rajaviral ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga

Menerusi video tersebut, wanita tersebut menjelaskan bahawa prank yang dilakukan itu hanyalah lakonan semata-mata yang telah pun dirancang.

Saya nak maklumkan di sini bahawa saya adalah di antara orang yang berlakon di dalam video tersebut.

WAnita tersebut menjelaskan bahawa dia bersetuju menjadi salah seorang pelakon adalah kerana ingin memberikan semangat terhadap golongan TikTokers yang melakukan konten di media sosial.

Saya diberi tugas untuk melakonkan watak sebagai seorang ibu yang membawa anak OKU yang mana saya di prank dengan menggunakan kek, dan saya bersetuju untuk melakonkan watak itu demi untuk membantu anak-anak muda yang bekerjaya dalam TikTok untuk terus mencapai kejayaan dan sukses.

Itu tujuan saya.

Dalam pada itu, Daing Ellando turut menjelaskan bahawa tujuan sebenar prank tersebut dilakukan adalah untuk melihat reaksi masyarakat sekeliling yang melihat kejadian itu.

Sebenarnya kita bukan nak prank mak (pelakon wanita), kita nak prank orang di sekeliling sama ada mereka menyedari perkara itu.

Tapi mak terkejut kan masa tu? Takde orang yang ambil kisah, itu situasi sebenar. Kalau tak, masa tu mungkin orang dah tangkap, kejar saya dan tumbuk.

Tapi kenapa video dah viral, kenapa baru ada orang cari saya. Itu yang kami ingin persoalkan, sebenarnya video tu tak habis.

Di akhir video tersebut, wanita tersebut sempat membuat permohonan maaf atas kejadian itu dan sekali menjelaskan niat sebenarnya.

Mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, rasa kasihan dengan Daing sebab tujuan saya untuk membantu dia supaya dia lebih sukses.

Tetapi bertukar menjadi kutukan, kecaman.. ada yang ugut bunuh dan sebagainya. Saya sayang dia dan harap perkara ini tidak berterusan.. kita semua jangan terlalu mengikut emosi.

Lepas ni, kurang-kurangkan lah buat video prank yang macam ni. Bila dah kena kecam tahu pula nak minta maaf. Jadikan apa yang jadi ni sebagai satu iktibar dan pengajaran.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas