Trending
“Saya Buat Live Secara Spontan” – Zumba Pakai Tudung Tapi Tak Pakai Kain, Wanita Ini Bersuara
JAIS siasat aktiviti zumba tidak berkain di Bukit Badong.
Tular baru-baru ini satu rakaman video memaparkan aktiviti senaman aerobik yang dikatakan berlangsung di Bukit Badong, Selangor.
Peserta dalam video itu berpakaian menjolok mata walaupun bertudung, hingga menimbulkan kecaman netizen.
BACA: Netizen Tegur Wanita Berpurdah Galak Berzumba, Ada Yang Sokong Asalkan Tutup Aurat
Kejadian itu telah menarik perhatian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyifatkannya sebagai tidak beradab dan pihak mereka sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap penganjur serta individu yang terlibat.
“Perbuatan sangat tidak beradab dan boleh jejas maruah Islam”

Dalam satu kenyataan rasmi bertarikh 18 Januari 2026, JAIS menyatakan tindakan tersebut dikhuatiri mengandungi unsur yang boleh dianggap tidak sopan di tempat awam.
Ianya juga dikhuatiri boleh mencemarkan imej agama Islam.

Perbuatan tersebut selain sangat tidak beradab, ia mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.
“Saya minta maaf, saya buat live secara spontan”
Terbaharu, wanita yang muncul dalam video tular berkenaan akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa aktiviti zumba tersebut dilakukan secara spontan tanpa sebarang niat untuk menimbulkan isu. Bagaimanapun, dia tetap akur dan menerima teguran masyarakat.
Pssttt! Meskipun niat mungkin tidak salah, tapi bila ia melibatkan sensitiviti masyarakat dan agama, setiap gerak-geri perlulah lebih berhati-hati. Semoga jadi pengajaran buat semua agar tidak ulang kesilapan yang sama.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM