Connect with us

Oh! Media

Satu Syarikat Tawar Khidmat Cetak Sijil Digital Vaksin Serendah RM15 Dikesan

Sijil digital vaksin

Trending

Satu Syarikat Tawar Khidmat Cetak Sijil Digital Vaksin Serendah RM15 Dikesan

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kelonggaran bagi individu yang sudah lengkap mengambil dos suntikan baru-baru ini. Ia sedikit sebanyak menyukarkan golongan antivaksin ataupun yang belum mendapat vaksin bagi merasai kelonggaran yang diumumkan itu.

ADVERTISEMENT

BACA : Individu Meroyan, Gagal Pujuk Staf PPV Untuk Dapatkan Sijil Vaksin Palsu

Menurut laporan Berita Harian, polis Kedah telah mengesan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan percetakan sijil digital vaksinasi serendah RM15 melalui laman sosial. 

Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata bahawa masih tiada lagi kes yang melibatkan penipuan berhubung perkara ini. Pihak polis dikatakan akan menghubungi dan meminta syarikat berkenaan untuk menarik balik iklan mencetak sijil digital vaksin berkenaan. 

Satu kertas siasatan dibuka susulan perkara ini mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Bagi sesiapa yang tidak mahu mengambil vaksin, apa nak takut? Pergilah ambil. Ianya adalah salah satu langkah untuk kita mencegah dari dijangkiti wabak yang melanda ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas