Trending
Sam Edelman Perkenal Koleksi Fall/Winter 2025 Dengan Sentuhan Chic & Timeless Untuk Wanita Moden
Jenama gaya hidup Amerika yang sinonim dengan rekaan berkualiti tinggi, Sam Edelman, kembali mencuri perhatian menerusi Koleksi Fall/Winter 2025. Menampilkan siluet klasik yang diberi nafas baharu, koleksi ini merangkumi pilihan untuk wanita yang menghargai gaya effortless dari mood pejabat, hujung minggu santai, sehinggalah penampilan kasual penuh karakter.


Empat rekaan terbaru diperkenalkan iaitu Bay Slide, Avira Flats, serta dua variasi sneaker Althea. Setiap satu direka untuk meraikan ekspresi diri dengan keyakinan, tanpa mengabaikan keselesaan dan ketelitian yang menjadi identiti Sam Edelman.
Bay Slide

Bay Slide kembali dalam warna baharu Rich Chocolate, membawa aura resort chic yang mudah digayakan ke mana saja. Siluetnya yang ringkas namun polished menjadikannya padanan ideal untuk brunch, percutian ringkas atau gaya santai di bandar. Bahan kulit paten yang berkilat memberi sentuhan mewah tanpa berlebihan.
Harga: RM609.
Avira Flat

Untuk mereka yang sukakan gaya feminin yang subtle, Avira Mary Jane hadir dalam tekstur suede lembut bersama tali klasik yang memberi sentuhan manis. Didatangkan dalam warna French Merlot, Ivory dan Rich Chocolate, Avira melengkapi penampilan bekerja mahupun gaya santai selepas waktu pejabat. Harga: Dari RM669.
Althea
Sneaker Althea menyerlah dengan inspirasi menswear yang diserlahkan melalui rekaan feminin dan moden. Ia versatil untuk pelbagai gaya harian sama ada dipadankan dengan denim, skirt, atau pakaian minimalis.

Versi Cow Print tampil lebih playful dengan tekstur calf-hair yang lembut dan corak yang bold. Ia memberi karakter serta menjadikan gaya sporty lebih standout.
Harga: RM609.
Althea (Modern Ivory)

Bagi peminat gaya bersih dan minimal, Modern Ivory tampil dengan toned-down elegance. Warnanya yang neutral mudah disuai padan dengan apa jua palet fesyen tanpa mengorbankan gaya.
Harga: Dari RM609.
Koleksi End Off Season Diskaun Sehingga 30%


Bagi koleksi End Off Season Sam Edelman pula, sekarang ni tengah ada promosi potongan harga sehingga 30 peratus untuk barangan terpilih.


Pada anda yang sukakan gaya dan sentiasa up-to-date dengan fesyen terbaru, koleksi Sam Edelman Fall/Winter 2025 kini boleh didapati di butik rasmi pertama mereka di Malaysia, bertempat di The Gardens Mall (Lot F-222).