Lelaki yang diberi jolokan ikon permotoran, Haqiem Stopa baru-baru ini dilaporkan ditahan pihak berkuasa dalam Op Samseng Jalanan di Alor Setar Kedah.
BACA: Ikon Permotoran Negara, Haqiem Stopa Diangkut Polis Dalam Op Samseng Jalanan
Namun, Haqiem menafikan dakwaan terlibat dalam perlumbaan sebaliknya hanya menjadi penonton.
Malah, dia turut menyertakan bukti daripada saksi yang melihat sendiri keberadaannya malam itu.
Saksi memberitahu Haqiem hanya duduk melepak dengan geng towing dan bukanlah ditahan atas kesalahan berlumba haram.
Personaliti TikTok itu diminta ke balai polis bertujuan untuk memberi keterangan dan dibebaskan tak lama kemudian.
Kredit: TikTok @haqiemstopa_starlive_oe | Instagram Haqiem_stopa
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.