Connect with us

Oh! Media

Saksi Cerita Kejadian Ibu Gajah Menangis Cuba Selamatkan Anak Di Gerik-Jeli Bikin Sebak

Copy of Untitled Design   2

Trending

Saksi Cerita Kejadian Ibu Gajah Menangis Cuba Selamatkan Anak Di Gerik-Jeli Bikin Sebak

Kejadian menyayat hati berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli apabila seekor anak gajah dipercayai dilanggar sebuah lori dan tersepit di bawah kenderaan itu. 

Namun, yang paling meruntun hati adalah tindakan ibu gajah yang menangis dan cuba menolak lori demi menyelamatkan anaknya.

Menurut laporan Kosmo, saksi kejadian iaitu Amir Faizal terdengar bunyi tangisan kuat dari ibu gajah tersebut yang berusaha mengeluarkan anaknya yang ketika itu masih hidup.

IKLAN

Dia (ibu gajah) cuba tarik anak dia keluar dari bawah kepala lori… tapi tak mampu. Akhirnya dia menyerah.

Netizen sebak lihat pengorbanan sang ibu

Img 4896

Rakaman video berdurasi 1 minit 11 saat yang menunjukkan momen pilu itu telah tular di media sosial dan mengundang reaksi sebak ramai netizen.

Naluri ibu itu sangat kuat, sama macam manusia… dia teman anak dia sampai ke akhir hayat,” komen pengguna @Natasha_ami118.

Sedihnya, anak tu masih hidup masa tu… tapi tak sempat diselamatkan,” tambah @Roe.zelle.

Video kejadian undang simpati ramai

Fc7f1b13 8907 4132 b14b 42502a164523

Video menunjukkan seekor ibu gajah cuba ‘menolak’ lori muatan ayam yang dipercayai terlibat dalam pelanggaran tersebut. Anak gajah jantan itu dipercayai tersepit di bawah lori berkenaan dan akhirnya maut di lokasi.

Pihak Perhilitan turut hadir ke lokasi kejadian untuk menguruskan situasi tragik ini.

Pssttt! Haiwan juga punya perasaan dan naluri kasih sayang seperti manusia. Berhati-hatilah di jalan raya, bukan nyawa manusia saja yang perlu kita lindungi.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas