Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat yang dikatakan telahpun ditahan selepas melarikan diri menggunakan gerabak kereta api di Padang Pesar, Perlis.
Disebabkan itu, siasatan dalaman berhubung dakwaan itu akan dijalankan sendiri Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menurut laporan mStar, KTMB telah membuat satu kenyataan dimana fasiliti dan terminal kargo KTMB di Padang Besar merupakan kawasan dibawah pengawasan ketat oleh polis bantuan dan kastam.
Pihak KTMB juga mengatakan bahawa pelanggan-pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand menyewa kontena-kontena milik syarikat perkapalan untuk dibawa ke Thailand dan KTMB tidak bertanggungjawab atas kandungan dalam kontena tersebut.
Menurut KTMB lagi, pemeriksaan yang teliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara di sempanan akan dibuat terhadap setiap tren kargo yang membuat perjalanan rentas sempadan.
Proses ini melibatkan pemeriksaan dokumentasi serta fizikal ke atas gerabak dan barangan.
Walaibagaimanapun, KTMB tetap akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara ini.