Setelah hampir berbulan-bulan mempunyai kemelut dalaman bersama pasukan Terengganu FC, kini Nafuzi Zain sah bergelar jurulatih kepada pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC.
Berita baik itu disahkan sendiri pasukan dengan jolokan Sang Kenari itu menerusi laman Facebook rasmi mereka.
NAFUZI KINI HIJAU KUNING!
Welcome home, a new era begins, Berjuanglah sejiwa murni!
Dalam pada itu, pihak KDA FC juga ada memuat naik video teaser memaparkan Nafuzi mengenakan jaket rasmi pasukan bola sepak itu.
Berita pelantikan Nafuzi ini sekaligus menjawab desas-desus mengenai bekas jurulatih pasukan Terengganu FC itu yang dikaitkan bakal menerajui Kedah FA sejak beberapa bulan yang lalu.