Connect with us

Oh! Media

Safee Sali Minta Rakyat Jangan Cepat Hukum Pasukan Kebangsaan

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Arena

Safee Sali Minta Rakyat Jangan Cepat Hukum Pasukan Kebangsaan

Safee Sali seru rakyat Malaysia bersatu sokong Harimau Malaya, jangan cepat melatah ikut kenyataan FIFA.

Isu keputusan FIFA yang menjejaskan Harimau Malaya terus hangat diperkatakan. Terbaru, legenda bola sepak negara, Safee Sali tampil bersuara dengan menyeru rakyat Malaysia supaya kekal bersatu memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan.

Sebagai rakyat Malaysia dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, inilah masanya kita bersatu untuk terus memberikan sokongan padu kepada pasukan negara.

Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu, kini kita harus memandang ke hadapan tanpa mencari salah siapa atau menuding jari.- Tulis Safee.

Safee Sali ingatkan supaya tak jadi hakim…

Safee Sali

Safee juga mempersoalkan sikap segelintir pihak yang terlalu cepat mengecam Malaysia hanya berdasarkan kenyataan awal FIFA.

Menurutnya, tuduhan membunuh pun diberi peluang bela diri, jadi isu bola sepak juga perlu dinilai dengan fakta penuh, bukan emosi.

IKLAN

FIFA baru keluar kenyataan sikit, dah ramai yang melatah kecam negara sendiri. Ini belum tentu salah, tapi ramai dah siap jadi hakim dan juri.- Tegas Safee.

Harimau Malaya tetap kebanggaan…

 1479

Beliau menegaskan, bila negara dituduh, sepatutnya rakyat bersatu hati, bukan berpecah.

Bila menang kita mampu bersorak bersama, maka saat menghadapi dugaan seperti ini, kita perlu tampil dengan sokongan lebih kuat dan tidak berbelah bahagi.- Tambahnya.

Bagi Safee, Harimau Malaya tetap pasukan kebanggaan negara dan inilah masa terbaik untuk semua berdiri teguh menyokong skuad negara.

 1480

Pssttt! Masa menang, semua bersorak. Masa diuji, inilah saat sebenar kita tunjuk sokongan. Jangan cepat melatah atau berpecah, korang. Harimau Malaya perlukan kita satu hati, lawan tetap lawan!

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas