Connect with us

Oh! Media

Rogol 13 Murid Hingga Lahir Anak, Hukuman Penjara Ditukar Hukuman Mati

Guru1a

Trending

Rogol 13 Murid Hingga Lahir Anak, Hukuman Penjara Ditukar Hukuman Mati

Mahkamah Tinggi di Indonesia menjatuhkan hukuman mati kepada seorang guru yang didapati bersalah merogol 13 orang pelajar di sebuah sekolah yayasan. Perbuatan terkutuk itu dibuat di antara tahun 2016 hingga 2021.

BACA: Guru Agama Didakwa Rogol 12 Pelajar Hingga Melahirkan 8 Bayi

Lebih mengejutkan ketika laporan dibuat 8 orang mangsa rogolnya telah melahirkan anak manakala dua orang lagi sedang mengandung. Malah ada di antaranya telah melahirkan anak sebanyak dua kali.

IKLAN

Hukuman penjara ditukar hukuman mati

Sebelum ini mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup namun pihak pendakwa raya telah membuat rayuan memohon hukuman mati terhadapnya.

Guru rogol 13 pelajar dihukum mati 1

Ketua Hakim, Herri Swantoro berkata, selepas menerima rayuan yang dikemukakan pendakwa raya, maka Mahkamah Tinggi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap Herry Wirawan.

Pada Mei tahun lalu, perbuatan keji ini akhirnya terbongkar selepas ibu bapa salah seorang mangsa menyedari anaknya mengandung.

Tertuduh dilaporkan menggunakan kekerasan dan pelajar-pelajarnya tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit. Pelajar hanya dibenarkan pulang ke rumah setahun sekali sahaja.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, Herry memancing pelajar yang kebanyakannya daripada golongan miskin dengan menjanjikan biasiswa dan insentif untuk belajar di sekolah itu.

Kredit: Harian Metro | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas