Connect with us

Oh! Media

Rider Langgar Lampu Isyarat Dirempuh Tapi Orang Ramai Terbalikkan Kereta Myvi Pula. Kenapa?

rider langgar

Trending

Rider Langgar Lampu Isyarat Dirempuh Tapi Orang Ramai Terbalikkan Kereta Myvi Pula. Kenapa?

Malam tadi tersebar satu video menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi diterbalikkan oleh orang awam akibat merempuh seorang penunggang motosikal yang juga penghantar makanan.

ADVERTISEMENT

Akibat terlalu marah, orang awam dilihat menghancurkan kereta itu sebelum terbalik betul-betul di hadapan sebuah stesen minyak. Selalu keadaan macam ni berlaku dekat negara jiran kita tapi kali ni dekat Malaysia. Huhu…

@piyotbeban abang cina tu ade oke kh#kotamasaiproblem ♬ Dj Remix Full Bass – Rahmad Remix

Bagaimanapun, kejadian ini difahamkan berlaku apabila pemandu kereta Myvi memecut laju untuk mengejar lampu isyarat hijau yang sudah berkelip. Namun secara tiba-tiba penghantar makanan itu melanggar lampu isyarat yang masih merah menyebabkan pemandu Myvi tak sempat mengelak dan terus merempuh mangsa.

Jika benar, mengapa pemandu Myvi pula yang dipersalahkan?

Itulah persoalan segelintir netizen yang tidak faham mengapa kereta Myvi itu yang teruk dihentam orang awam sedangkan menjadi punca dan melanggar lampu isyarat adalah rider itu.

Kes bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis dan kita masih menanti hasil siasatan tentang apa yang berlaku.

Kredit: TikTok

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas