Trending
“Restoran Mamak Sedia Ambil Etnik Rohingya Bekerja Jika Dibenarkan Kerajaan” – PRESMA
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menghadapi masalah serius apabila usaha mendapatkan pekerja tempatan bekerja di restoran mamak melalui Jabatan Tenaga Kerja tidak mendapat sambutan yang baik.
Presiden PRESMA, Datuk Jawahir Ali Taib Khan berkata, situasi ini memaksa mereka bergantung kepada pekerja asing untuk memastikan operasi restoran dapat berjalan dengan lancar.
Restoran mamak kurang pekerja tempatan

Datuk Jawahir menyatakan bahawa pihak PRESMA tiada halangan untuk mengambil pekerja dalam kalangan etnik Rohingya yang memegang kad UNHCR, sekiranya mereka mempunyai dokumen lengkap dan dibenarkan bekerja oleh kerajaan.
Kami tiada masalah untuk mengambil mereka untuk bekerja jika langkah itu dibenarkan pihak berkuasa.
PRESMA turut berkata, mereka tiada masalah untuk mematuhi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu sebanyak RM1,700 sebulan.
Kerajaan sedia berbincang

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dikatakan sedia mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen untuk mencari penyelesaian bagi permintaan ini.
#OhmediaNasihat
Kita tidak boleh mengira dalam memilih pekerjaan. Selagi pendapatannya masih halal, tidak salah untuk kita bekerja. Bekerja dalam sektor restoran mungkin mencabar, tetapi kita boleh jadikan itu sebagai pengalaman.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Berita Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM