Connect with us

Oh! Media

Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Adik Jadi Punca Kluster Baharu Di Terengganu

Trending

Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Adik Jadi Punca Kluster Baharu Di Terengganu

Dalam perkembangan terbaru situasi Covid-19 semalam, Terengganu mencatatkan 238 kes aktif termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Rakyat.

ADVERTISEMENT

Berita Harian melaporkan, Kluster Taman Rakyat ini berpunca daripada aktiviti rentas negeri seorang individu dari Sabah untuk menghadiri perkahwinan adik.

Kredit foto: Sinar Harian

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus dalam kenyataan di Facebook berkata, pertemuan di majlis kenduri telah menjangkiti 11 ahli keluarga dan 15 tetamu yang hadir.

Hasil pertemuan hanya untuk “KIRIM” duit kenduri serta “goodies” telah menjangkiti kawan baik. Kawan ini pulak mengadakan majlis akikah di kampung akhirnya menjangkiti 5 ahli keluarga dan 7 tetamu akikah.

Juga menular kepada kawan walaupun hanya untuk hantar COD barang yang dipesan. Selain aktiviti ‘mengeteh’ yang disebut sebelum ini. Terkini seramai 109 dilaporkan dari Kluster BELAOH.

Tambah Dr Nor Azimi lagi, kes-kes ini sepatutnya dijadikan ikhtibar akibat daripada perkumpulan ramai orang tanpa pematuhan prosedur operasi standart (SOP). Katanya, jika SOP dipatuhi, kadar jangkitan adalah minima.

Sebab itu kami selalu pesan tangguh dulu perkumpulan ramai orang. Kita tak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja. Kita semua yang patut kuatkuasakan pematuhan SOP, bukannya diserah semata-mata kepada agensi penguatkuasaan.

Lapor Berita Harian, Kluster Taman Rakyat yang didaftarkan pada 15 April adalah kluster komuniti yang membabitkan daerah Dungun. Kes indeks membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun yang disahkan positif pada 6 April hasil saringan sebelum kembali ke Sabah.

Kredit: Berita Harian , Dr Nor Azimi Yunus

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas