Connect with us

Oh! Media

Remy Ampang Kantoi Hadiahkan BMW F30 Ada Rekod Kemalangan “High Severity”?

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 09t143108787

Trending

Remy Ampang Kantoi Hadiahkan BMW F30 Ada Rekod Kemalangan “High Severity”?

Baru-baru ini, tular kontroversi yang melibatkan penganjuran Honda Day yang masih lagi menjadi bualan hangat netizen.

Pada mulanya, nama Remy Ampang telah menjadi isu kerana menghadiahkan kereta lama iaitu Honda Accord SM4 kepada pemenang. Kemudian hadiah tersebut telah ditukarkan kepada kereta BMW F30.

Screenshot 2024 10 09 142458

Walaupun hadiah sudah ditukarkan, namun netizen telah mendapati rim tayar kereta tersebut kelihatan bengkok.

IKLAN
Screenshot 2024 10 09 142448

Selepas satu per satu rahsia terungkap, terbaharu menerusi hantaran Facebook Scrut, dia mendedahkan bahawa kereta BMW tersebut mempunyai dua rekod kemalangan ‘High Severity’.

Dalam sistem SUR (SCRUT USEDcar REPORT) SCRUT, kami mengkategorikan kemalangan yang “significant” kepada 3 kategori.

Kereta ini dilaporkan terdapat rekod kemalangan “High Severity” yang mana terdapat kemalangan sendiri. Mungkin terbabas sendiri, tersondol kereta orang atau kemalangan yang melibatkan kecuaian pemilik sendiri.

Scrut telah membuat satu lagi hantaran di Facebook nya memaklumkan perkara tersebut telah disahkan oleh polis trafik.

Pagi ini disahkan. Kemalangan pertama, BMW tersebut dilaporkan tegelincir dan melanggar pembahagi jalan. Manakala kemalangan kedua, tengah parking kena langgar lori.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kasihan kepada pemenang kereta BMW F30 itu.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 09t143108787

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Scrut


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas