Connect with us

Oh! Media

Remaja Wanita 15 Tahun Tergamak Tikam Bayi, Lelaki Ditahan Kerana Merogol

Trending

Remaja Wanita 15 Tahun Tergamak Tikam Bayi, Lelaki Ditahan Kerana Merogol

Seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun disyaki tikam bayi yang baru saja dilahirkannya di sebuah rumah di daerah Kemaman, Terengganu.

ADVERTISEMENT

BACA : Guru Ditahan, Liwat Penghuni Pusat Tahfiz

Menurut laporan mStar, remaja tersebut dipercayai menikam bayi lelaki yang cukup sifat itu di bahagian dada kirinya menggunakan objek tajam.

Ketika kejadian, suspek minta bantuan rakannya untuk menghubungi petugas kesihatan dan ketika pemeriksaan, terdapat kesan luka pada dada bayi yang dipercayai kerana tikaman. 

Petugas kesihatan kemudiannya terus membuat laporan polis selepas curiga akan perkara tersebut dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan.

Kejadian ini juga turut membuatkan polis dapat mengenalpasti seorang lelaki yang dipercayai merogol remaja berkenaan.

Mayat bayi tersebut telahpun dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasat lanjut  dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas