Connect with us

Oh! Media

Remaja Maut, Tergelincir Ke Dalam Sungai Ketika Beraya Bersama Keluarga

Trending

Remaja Maut, Tergelincir Ke Dalam Sungai Ketika Beraya Bersama Keluarga

Seorang remaja lelaki maut selepas tergelincir ke dalam sungai ketika beraya bersama keluarganya di Kampung Banting, Sipitang.

ADVERTISEMENT

BACA: Anak Ahli Parlimen Belasah Kawan Sebab Kurang Ajar Dengan Ibunya?

Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia 15 tahun disahkan maut selepas ditemui di kawasan sekitar lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihak mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Menurutnya, mangsa dikatakan tergelincir semasa melintasi jambatan ketika beraya bersama keluarganya.

Mangsa dilaporkan tergelincir ke sungai ketika melintasi jambatan berkenaan ketika beraya bersama keluarga.

Mangsa dilaporkan berjaya ditemui keluarganya pada 1.21 petang sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan paramedik EMRS.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Sipitang serta diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan siasatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas