Connect with us

Oh! Media

Remaja Lelaki Hancur Tiga Jari Angkara Mercun

5d82d695 81a4 444d 8cf1 dc42222011f1

Trending

Remaja Lelaki Hancur Tiga Jari Angkara Mercun

Saya benar-benar menyesal! Itulah kata yang mampu dibaitkan oleh Muhammad Adam Hakimi Muhamad Sabri, 16, yang dilaporkan hancur tiga jari kanannya dan kabur mata kiri akibat terkena mercun dalam kejadian di Kampung Kelubi Putih.

Akibat insiden hitam itu, dia juga mengakui sudah serik dan berjanji untuk tidak menyentuh mercun selepas ini.

Ketika disoal, pelajar tingkatan empat itu tidak menyangka kejadian yang berlaku selepas berbuka puasa pada 11 Ramadan lalu mengubah fizikalnya buat selama-lamanya.

IKLAN

Bapa angkatnya, Mohd Riduan Ismail, 42, berkata, Muhammad Adam Hakimi yang dijaga sejak kecil keluar rumah selepas berbuka puasa bersama keluarga kira-kira jam 7.30 malam.

Sebelum kejadian, remaja itu beritahu mahu keluar berjalan selepas berbuka puasa dan solat maghrib.

Tidak lama selepas itu, kami sekeluarga terkejut kerana dia tiba-tiba pulang ke rumah dalam keadaan tangan dan muka berlumuran darah. Tiga jari tangan kanannya hancur akibat terkena mercun batang paip.

Dia kemudiannya segera membawa Adam ke Hospital Besut sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira sejam selepas itu.

Bercerita tentang bagaimana insiden ini boleh berlaku, bapa ini turut mendakwa selama ini anaknya tidak pernah bermain mercun.

Saya percaya ini kali pertama dia sentuh mercun dan ingin mencuba meletupkan sendiri mercun.

Reda dengan kejadian mengejut itu, bapa ini juga turut memaklumkan tahap kesihatan anak sulung daripada enam beradik itu masih belum memuaskan kerana belum pulih sepenuhnya.

Anak saya masih dalam pemantauan dan rawatan. Saya harap dia segera pulih.

Bagi yang berjinak-jinak dengan mercun, saya harap dapat berfikir dua kali sebelum mencuba. Beringat sebelum kena kerana malang tidak berbau.

Semoga kisah ini menjadi iktibar buat semua.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas