Trending
Tular Video Remaja Lelaki Dikejar Dan Dipukul Gara-Gara Kenal Wanita Warga Asing
Seorang remaja lelaki mengalami kecederaan yang agak teruk selepas dia dipukul sekumpulan lelaki berhampiran sebuah restoran yang terletak di Johor Bahru malam tadi.
BACA: Pukul Ibu Hanya Kerana Tak Kemas Rumah, Lelaki Ditahan Pihak Polis
Memetik laporan daripada Kosmo, kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas remaja berkenaan mengenali seorang wanita warga asing di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian yang berlaku pada jam 5.15 pagi itu telah menyebabkan remaja berkenaan mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala serta badan.
Mangsa yang berusia 19 tahun memberitahu, dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui media sosial, sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan.
Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita tersebut. Tidak lama kemudiannya mangsa dipukul oleh mereka.
Tambah Raub lagi, mangsa kemudiannya bertindak melarikan diri ke kawasan berhampiran sebelum dikejar enam lagi lelaki sehingga akhirnya dibelasah 10 lelaki terbabit.
Selepas kejadian mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Video pergaduhan tular di media sosial
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media