Connect with us

Oh! Media

Remaja Cetus Provokasi Isu Serangan Di Palestin Ditahan Polis

Provok Sarawak Om

Trending

Remaja Cetus Provokasi Isu Serangan Di Palestin Ditahan Polis

Seorang remaja ditahan polis Sarawak selepas video provokasi berkenaan isu serangan udara Israel ke atas Gaza viral di media sosial. Menerusi sesi langsung tersebut, remaja ini didakwa mempersoalkan penentangan rakyat Malaysia ke atas serangan tersebut.

Tanpa menyembunyikan identiti, remaja ini dikatakan meluahkan persoalan mengenai sokongan umat Islam terhadap Palestin dengan mendakwa mereka tidak cukup ilmu.

Provok3

Memetik laporan Astro Awani, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, remaja ini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi.

IKLAN

Kita telah mendapatkan perintah reman terhadapnya selama empat hari, sehingga 22 Mei.

Malah, remaja yang menggunakan akaun Facebook ‘Meofisherman’ ini didakwa turut membuat provokasi ke atas individu lain. Perkara tersebut telah menyebabkan rumahnya di Taman Sukma, Kucing, Sarawak diserbu penduduk.

Provok4

Menerusi video viral tersebut, remaja ini dilihat dikepung orang ramai sehingga dipukul beberapa individu. Tambah Aidi lagi, selain isu ini, pihaknya memandang serius insiden lebih 15 orang berkumpul beramai-ramai dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk ini, pihak polis telah membuka satu lagi kertas siasatan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 kerana telah terkesan melakukan aktiviti terlarang melebihi lima orang berkumpul beramai-ramai.

Jelasnya, individu yang terlibat dilihat tidak menggunakan pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas