Connect with us

Oh! Media

Remaja Cedera Dibelasah Orang Ramai Dipercayai Penyebab Seorang Wanita Cedera Parah

Remaja Dibelasah Orang Ramai

Trending

Remaja Cedera Dibelasah Orang Ramai Dipercayai Penyebab Seorang Wanita Cedera Parah

Seorang remaja lelaki cedera selepas dibelasah oleh pengguna jalan raya selepas menjadi penyebab akan kecederaan parah yang dialami oleh seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal dalam kejadian di Jalan Taman Cendana-Masai, Kong Kong di sini, Khamis lalu.

Memetik laporan Kosmo, Kejadian dikatakan berlaku pada 3.30 petang apabila remaja lelaki yang berumur 18 tahun itu dipukul sehingga mengalami kecederaan di kepala, muka, kaki sebelah kanan, patah hidung, patah jari manis dan kelengking serta kecederaan lain.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat melibatkan kereta proton wira yang dipandu oleh remaja tersebut, manakala wanita yang berusia 38 tahun itu telah menunggang motosikal Honda EX5.

IKLAN
Whatsapp image 2021 03 15 at 43425 pm 233x300 1
Superintendan Mohd Sohaimi Ishak

Kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal sedang dari arah Jalan Kota Masai menghala ke Jalan Scientex manakala Proton Wira dari arah Taman Cendana hendak membelok ke kanan menghala ke Jalan Kota Masai.

Apabila sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal (wanita) tidak sempat membrek lalu melanggar Proton Wira yang sedang membelok.

Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, kaki dan tangan serta menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Screenshot 10
Tangkapan layar berkaitan video remaja lelaki dibelasah orang ramai

Video berkenaan kejadian tersebut tular di laman sosial Facebook sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

Remaja yang menaiki Proton wira itu tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi selepas pengguna jalan raya berang dengan kejadian tersebut, mereka terus membelasah remaja lelaki tersebut.

Akibat daripada itu, remaja lelaki itu mengalami kecederaan kepala, tangan, kaki dan lain-lain dan kini telah dirawat di hospital swasta di sini.

Mohd. Sohaimi berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis juga membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata berbahaya sehingga mendatangkan kecederaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222. 

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas