Connect with us

Oh! Media

Reda Wings Ada Vokalis Baru, Datuk Awie Mahu Perlahankan Kerjaya Seni

Copy of Untitled Design   1

Trending

Reda Wings Ada Vokalis Baru, Datuk Awie Mahu Perlahankan Kerjaya Seni

Penyanyi rock lagenda, Datuk Awie mendedahkan bahawa dia merancang untuk memperlahankan kerjaya seni dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurut laporan mStar, vokalis Wings ini tetap mahu memastikan penggantinya benar-benar berkemampuan untuk meneruskan legasi kumpulan yang sudah 40 tahun bertahan dalam industri seni.

Awie mahu pilih pengganti yang sesuai

Img 2213

Menurut Awie, dia sendiri akan menilai calon vokalis baru untuk memastikan keserasian dengan Wings.

IKLAN

Saya tidak ada masalah jika ada penyanyi baruโ€ฆ saya reda. Jika lebih baik, boleh diteruskan.

Perkara ini dikongsikan Awie dalam majlis berbuka puasa anjuran syarikatnya, Rumah Produksi Merah, yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.

Fokus pada keluarga dan kerja belakang tabir

66072fc5 dc6a 4489 8946 4a7e1af76c41

Walaupun bakal mengurangkan aktiviti nyanyian, Awie menegaskan bahawa dia tidak akan terus bersara dari bidang seni.

Sebaliknya, dia ingin lebih fokus pada kerja belakang tabir serta meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Saya tak boleh berhenti menyanyi sebab itu adalah rezeki. Mungkin saya akan kurangkan aktiviti seperti konsert untuk diri sendiri.

Awie turut mengakui bahawa selama ini masa untuk keluarga agak terbatas, dan dia mahu berehat sebelum kesihatan terganggu.

Berat hati ini namun buat masa sekarang itulah yang saya fikirkan.

#ApaKataOhmedia

Keputusan Awie ini menunjukkan betapa pentingnya keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Kadangkala, kita perlu berhenti sejenak untuk menikmati waktu bersama orang tersayang sebelum terlambat!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Popular Bulan Ini

Oh! Sembang Jerr - Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas