Trending
“Red Flag Ke Apa Tak Apa, Yang Penting Allah Sayang” – Aliff Teega
Pasangan influencer popular, Aliff Teega dan Aisyah dilihat tenang meskipun nama mereka kecoh diperkatakan isu berpoligami.
BACA: Alif Teega Didakwa Kahwini Isteri Kedua Di Thailand?
Malah, pasangan ini sempat membuat sesi langsung di TikTok seperti mana kebiasaan mereka sebelum ini. Isu masih panas lagi kan, memang bertubi-tubi kecaman yang netizen bagi dekat Aliff.
aisyah live pukul 12 tadi pic.twitter.com/2IutFZglfQ
— AL (@ciraplaici) November 27, 2023
Tapi Aliff steady je hadap kecaman tu dan meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik je buat dirinya dan keluarga.
Doa la yang baik-baik, semoga Allah mudahkan murahkan rezeki. Korang pun sama Aliff doakan yang baik okay. Tak apalah, masa ni memang orang kata macam-macam. Redflag ke apa tak apa. Yang penting Allah sayang.
Dalam menjawab soalan netizen, Aisyah berkata dia tidak akan memburukkan suaminya. Aisyah sendiri menerima apa yang sudah terjadi dan ditakdirkan buat dirinya.
Dah kahwin dah jadi, so nak buat apa kan? As a wife apa you boleh buat, you kena hadap dan berdamai.
Pempengaruh ini juga memohon orang ramai tak memburukkan suaminya disebabkan satu kesalahan tersebut. Aisyah juga menerima ‘jodoh’ suami sampai ketika dia sedang hamil enam bulan.
Kredit: X ciraplaici
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM