Dakwaan ini sudah tentu mengejutkan ramai orang memandangkan KJ antara individu terawal yang menyerahkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Tidak hanya mendiamkan diri, Khairy Jamaluddin menerusi Facebook menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya, butiran yang dipaparkan tidak tepat kerana laman web vaksin Covid-19 tidak lagi aktif dan dikemaskini sejak Oktober 2021.
Beliau turut memaklumkan telah menerima suntikan dos pertama jenis Sinovac pada 18 Mac 2021, seterusnya suntikan dos kedua pada 8 April 2021. Suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pula diterima pada September lalu.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menafikan sekali lagi maklumat yang dipaparkan di dalam tangkap layar yang tular tersebut.
Saya minta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara.
Kata KJ lagi, beliau merupakan individu pertama di Malaysia yang menerima vaksin keluaran Sinovac dan pengambilan dos pertamanya disiarkan secara langsung di televisyen. Beliau turut menunjukkan paparan MySejahtera selepas suntikan tersebut.