Connect with us

Oh! Media

jeti kayu

Trending

Ramai Terkejut Lihat Jeti Kayu Kecil Dikatakan Telah Menelan Kos Sebanyak RM50,000

Macam tu jer hasilnya? Itulah reaksi ramai warganet bila melihat jeti di Kampung Mutap yang baru sahaja siap dibina di posting Jabatan Kerja Raya Miri di Facebook.

Berdasarkan perkonsian itu, mereka baru sahaja selesai mengadakan majlis penyerahan jeti kayu yang akhirnya siap dibina. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian dan kritikan warganet adalah apabila hasil jeti tu tidak padan dengan kos pembinaan yang telah dibelanjakan.

IKLAN

Pihak JKR Sarawak memaklumkan kos projek jeti kayu itu telah menelan kos sebanyak RM50,000 dan kalau dilihat dari gambar jeti kayu yang ditunjukkan, mungkin ia sepatutnya lebih gah lagi.

May be an image of tree and body of water
May be an image of 4 people, people standing, tree and outdoors

Menurut netizen, jeti berukuran 1 meter lebar dan 15 meter panjang itu seperti tidak boleh tahan lama. Malah ada seorang individu berkata jika jeti itu rosak dalam tempoh 2 ke 3 tahun, ia bermakna mereka menggunakan kualiti bahan yang tidak bagus.

Jeti yang menelan kos sehingga 5 angka itu adalah untuk menggantikan yang lama dan dilaporkan mengambil masa sehingga hampir sebulan.

Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu.”

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas