Connect with us

Oh! Media

Ramai Kecam Jeti Kayu Tak Padan Dengan Harga, Ini Penjelasan JKR Sarawak

Trending

Ramai Kecam Jeti Kayu Tak Padan Dengan Harga, Ini Penjelasan JKR Sarawak

Jeti baru sepanjang 15 meter yang dibina di Kampung Mutap Miri Sarawak menarik perhatian ramai kerana menelan kos sehingga RM50,000.

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Terkejut Lihat Jeti Kayu Kecil Dikatakan Telah Menelan Kos Sebanyak RM50,000

Ramai yang terkejut dan menganggap kos itu tidak padan dengan hasil jeti yang kecil sahaja. Kalau dilihat dari gambar jeti kayu itu, mungkin ia sepatutnya lebih gah lagi.

Terbaru, JKR Sarawak menerusi kenyataan media di Facebook menjelaskan bahawa anggaran kos pembinaan adalah berdasarkan jadual kadar bagi tahun 2020 iaitu RM9,000 semeter untuk kayu belian. Kadar ini adalah rendah berbanding dengan harga pasaran semasa.

Pihaknya juga telah mengambil kira pelbagai faktor antaranya keadaan jalan ke Kampung Mutap, logistik serta langkah-langkah keselamatan lain memandangkan kawasan itu dipenuhi buaya.

Dengan bajet sebanyak RM50,000 pihaknya berjaya membina jeti sepanjang 15 meter dengan dua tangga.

Jelasnya lagi, JKR bahagian Miri telah membuat lawatan di tapak projek pada 21 September 2021. Pada awalnya JKR Miri mencadangkan jeti keluli yang lebih teguh. Tetapi ianya ternyata memerlukan kos yang lebih tinggi.

Setelah berbincang mengenai kos pembinaan, ketua kampung menolak cadangan jeti keluli dan memilih jeti daripada kayu belian.

Ketua kampung juga pada awalnya memohon jeti sepanjang 30 meter dengan tambahan sebuah pondok kecil tetapi wakil JKR Miri memaklumkan bajet adalah terhad.

Oleh itu, ketua kampung telah bersetuju dengan cadangan jeti sesuai dengan peruntukan.

Dalam kenyataan media itu, JKR Sarawak turut menyertakan tarikh cabut undi, penyerahan surat lantikan, penyerahan projek kepada kontraktor dan anggaran tarikh projek siap dibina.

Kredit: Corporate Communication JKR Sarawak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas