Connect with us

Oh! Media

Rakan Baik Dedah Sikap Terpuji Arwah Nas Ahmad

Nas Ahmad

Trending

Rakan Baik Dedah Sikap Terpuji Arwah Nas Ahmad

Pemergian bekas wartawan hiburan terkenal, Allahyarham Nas Ahmad nyata meninggalkan kesan mendalam buat rakan-rakan seperjuangan. 

Menurut laporan Harian Metro, antara yang paling terkesan ialah Saiful Azmi Jamsari yang merupakan bekas wartawan Melodi dan pengacara Detik 12 Malam yang menganggap arwah sebagai sifu dan abang dalam dunia kewartawanan.

Arwah sangat baik orangnya. Dia bantu dan ajar saya macam mana buat ‘reporting’, ‘editing’ di studio dan sebagainya seperti satu keluarga.

Komited bekerja demi keluarga tercinta

Img 4361

Menurut Saiful, keperibadian arwah sebagai seorang ‘family man’ menjadi inspirasi buat ramai. Arwah sangat komited dengan tugas dan tidak pernah culas mencari rezeki buat keluarga.

IKLAN

Sebagai seorang bapa, dia memang sangat menyayangi anak-anak dan keluarganya.

Arwah sangat rajin, tapi pada 2022, dia sudah mula tidak sihat kerana masalah jantung.

Kekal rapat walau sudah lama tidak berkerja sekali

Img 4362

Meskipun sudah lama tidak bekerja bersama, Saiful berkata hubungan mereka tetap rapat dan sering saling bertanya khabar serta menghulurkan bantuan bila perlu.

Saya mengenali arwah abang Nas sejak lama… walaupun sudah lama tak kerja sama, kami masih kerap berhubung.

Pemergian yang dirasai ramai

Img 4363

Nas Ahmad yang sinonim dengan tagline “Kita Terjah!” menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh jam 10 pagi, selepas menerima rawatan akibat komplikasi jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan dua cucu. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Hargai mereka yang hadir dalam hidup kita, terutama insan yang pernah membimbing dan memberi ilmu. Selagi berkesempatan, berhubunglah dan saling menghargai—kerana masa tidak menunggu.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas