
Trending
Punca Tragedi Nahas FRU Terbongkar, Lori Rupanya Masuk Lorong Bertentangan!
Lori batu disahkan punca kemalangan konvoi FRU di Teluk Intan selepas masuk laluan bertentangan.
Kemalangan ngeri melibatkan lori batu dan trak FRU di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan bulan lalu akhirnya terjawab selepas laporan awal Pasukan Petugas Khas didedahkan oleh Kementerian Pengangkutan (MoT).
Menurut laporan Harian Metro, punca utama apabila lori tipper didapati memasuki laluan bertentangan, yang sedang dilalui konvoi FRU, sekali gus menyebabkan pertembungan kuat sehingga kedua-dua kenderaan terbalik.
Bukti kukuh, kesan brek dan tayar dedah segalanya

Laporan setebal 146 muka surat itu menjelaskan, kesan brek sepanjang 4.1 meter dan jejak tayar yang selari dengan tayar belakang lori tipper membuktikan ia memasuki lorong salah sebelum simpang.
Kesan ini menunjukkan lori itu telah memasuki laluan membelok dari arah bertentangan ketika menghampiri simpang.
Dakwaan masalah mekanikal ditolak

Walaupun terdapat tanda pemanasan melampau pada brek, ia dipercayai berpunca daripada penggunaan berlebihan semasa kejadian, bukan kerosakan mekanikal.
Tiada bukti menunjukkan kegagalan sistem stereng seperti yang didakwa pemandu.
JPJ dan Puspakom turut mengesahkan semua sistem utama lori berada dalam keadaan memuaskan semasa pemeriksaan selepas kemalangan.
Sejarah pemeriksaan lori tipper didedahkan

Rekod menunjukkan lori tersebut pernah gagal dua kali pemeriksaan pada September 2024 atas isu kecekapan dan ketidakseimbangan brek. Namun ia lulus semula selepas pembaikan dan mendapat kelulusan pada 21 Mac 2025.
Lori FRU pula tidak tertakluk kepada pemeriksaan Puspakom kerana ia kenderaan milik kerajaan.
Pssttt! Jangan terus buat andaian bila tragedi berlaku. Fakta dan siasatan penting dalam menentukan kebenaran, nyawa ramai bergantung pada ketepatan maklumat dan tindakan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
