Connect with us

Oh! Media

Bilal Surau Al-Qadir Guchil Tak Sengaja Azan Awal 4 Minit Daripada Waktunya

Trending

Bilal Surau Al-Qadir Guchil Tak Sengaja Azan Awal 4 Minit Daripada Waktunya

Mengikut hukum syarak, puasa segelintir penduduk di Guchil 7 semalam dikira berbatal selepas Bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai secara tidak sengaja telah melaungkan azan Maghrib awal empat minit daripada waktunya.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Tak Sengaja Berbuka Puasa Awal Ikut Azan Di Radio, Apa Hukumnya?

Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat dalam laporan Harian Metro berkata, bilal tidak menyedari dia telah melaungkan azan Maghrib pada pukul 7.17 malam.

Oleh itu, penduduk yang berbuka puasa mengikut laungan azan itu wajib menggantikan puasa selepas berakhirnya Ramadan nanti.

Saya telah dimaklumkan oleh penduduk bahawa tok bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai itu telah melakukan kesilapan tersebut dan beliau telah memohon maaf atas kecuaian yang dilakukannya tanpa disengajakan.

Tambah Imam, bilal itu bagaimanapun telah membuat permohonan maaf di atas kecuaian yang tidak disengajakan itu. Imam menasihati orang ramai agar peka dengan waktu berbuka puasa dan tidak bergantung kepada laungan azan di masjid, surau, televisyen atau radio semata-mata.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas