Connect with us

Oh! Media

PU Syed Erma Fatima Bidaah

Trending

PU Syed Tegur Erma Fatima Mengenai Adegan Panas Dalam ‘Bidaah’

Pendakwah bebas, PU Syed menegur penerbit terkenal Erma Fatima selepas drama Bidaah menampilkan adegan yang dianggap melampau dan tidak wajar, terutama apabila melibatkan unsur Islam.

Menerusi Instagram, PU Syed menyatakan bahawa adegan atas katil tidak perlu ditonjolkan meskipun tema ajaran sesat yang diketengahkan dalam drama itu memang wujud dalam realiti.

IKLAN

Plot cerita melampau ditonjolkan apabila melibatkan Islam. Sudah mati idea rasanya para sutradara di Malaysia dalam menghasilkan cerita berkualiti dan patuh syariah.

PU Syed sarankan naskhah lebih bermoral

Selain itu, PU Syed turut menggesa agar Erma Fatima lebih fokus kepada karya patriotik dan Islamik yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.

Makcik Erma boleh cuba buat drama yang melibatkan cinta kepada tanah air seperti ketenteraan, kepolisan atau cerita Islamik yang lebih realistik untuk kesedaran masyarakat.

Beliau juga mempertikaikan fungsi badan penapisan yang membenarkan drama seperti ini ditayangkan, meminta pihak kementerian lebih tegas dalam isu kandungan hiburan.

Babak usap janggut dengan kaki dalam ‘Bidaah’ jadi perhatian

Bidaah

Sejak semalam, media sosial hangat memperkatakan tentang salah satu babak dalam drama Bidaah, di mana pelakon Vanidah Imran dilihat mengusap janggut Faizal Hussein menggunakan kakinya.

Adegan tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penonton yang menganggapnya tidak sesuai untuk tontonan umum.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia hiburan, batas dan sensitiviti agama perlu diutamakan agar tidak menimbulkan kekeliruan atau kontroversi yang tidak perlu. Semoga lebih banyak karya yang memberi manfaat kepada masyarakat dapat dihasilkan.

PU Syed Erma Fatima Bidaah

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas