Connect with us

Oh! Media

PU Riz Akui Sepatutnya Mereka Sertai Misi Gaza Bersama Ebit Lew, Heliza Dan Selebriti Lain

Trending

PU Riz Akui Sepatutnya Mereka Sertai Misi Gaza Bersama Ebit Lew, Heliza Dan Selebriti Lain

Belum sempat tidur lena nampaknya pendakwah bebas Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail yang juga suami kepada Neelofa pula bersuara apabila dia mengakui mendapat tawaran dan bersama berbincang untuk menjayakan misi bantuan ke Gaza.

ADVERTISEMENT

PU Riz menyatakan perbincangan itu berlaku di antara isterinya Neelofa, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ustaz Ebit Lew pada Jun lepas.

Berdasarkan apa yang dinyatakan PU Riz, mereka dipanggil untuk menyertai misi ini daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) dan sudah berbincang secara atas talian.

Betul saya dan isteri dapat tawaran, tetapi tak dapat diteruskan. Sejujurnya, betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Gaza dan pergerakan ke sana juga dijadualkan pada Jun.

Namun, saya dimaklumkan projek ini tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab. Kemudian, saya dapat tahu Ebit Lew bersama pasukan dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. Itu adalah rezeki mereka. – Kata PU Riz kepada URTV.

Misi ke Gaza bersama MAPIM itu tidak dapat diteruskan dan pasukan Ebit Lew kemudian berjaya mencari jalan untuk memastikan mereka tetap meneruskan misi terbabit.

Cukup untuk saya jelaskan yang mana memang saya bersama yang lain termasuk Ebit dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak ada pengetahuan apa-apa mengenainya. – Jelasnya lagi.

Bagaimanapun, PU Riz tidak mendedahkan lebih lagi dan berharap agar orang ramai berhenti membuat lebih banyak spekulasi.

Kredit: UtusanTV (Anna Mohamed)

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas