Sebuah kereta jenis Proton Waja yang membawa 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berjaya ditahan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin lepas.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku di Jalan Pintasan, Pasir Mas Kelantan dan perkara ini dikatakan sendiri Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi.
Bukan tu jer, seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai merupakan tekong darat juga berjaya ditahan.
Pada awalnya, sepasukan anggota Batalion 7 terjumpa sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalam keadaan yang mencurigakan sebelum menahannya bagi tujuan pemeriksaan.
Hasil pemeriksan mendapati 8 PATI Myanmar duduk di dalam kenderaan dan dua lagi sanggup sembunyi dalam bonet kereta. Pergh! Betul tin sardin.
Tujuh daripada mereka tidak mempunyai pengesahan masuk ke negara ini manakala selebihnya tidak mempunyai sebarang dokumen diri.
Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.