Connect with us

Oh! Media

Propolis Lebah Bantu Kembalikan Kesihatan Kulit. Rahsia Wajah Kekal Sihat!

CNP Propolis (The Face Shop)

Trending

Propolis Lebah Bantu Kembalikan Kesihatan Kulit. Rahsia Wajah Kekal Sihat!

Umum mengetahui lebah mempunyai banyak manfaat, selain menghasilkan madu, lebah merupakan penyumbang terpenting agen pendebungaan dan pertanian.

ADVERTISEMENT

Malah dalam Al-Quran, terdapat surah khusus yang menceritakan tentang kehebatan lebah iaitu surah An Nahl. Ini jelas membuktikan bahawa betapa pentingnya lebah dan manfaat yang diberikan kepada kehidupan.

Manfaat lebah kepada kesihatan kulit wajah

Kalau biasa kita dengar madu lebah mempunyai banyak khasiat kepada manusia, tapi korang tau tak yang propolis lebah pun ada khasiatanya yang tersendiri? Jap propolis tu apa?

Untuk pengetahuan korang, propolis merupakan campuran getah pohon, lilin lebah, dan air liur lebah yang digunakan oleh lebah untuk melindungi pintu masuk sarangnya dan mensterilkan setiap lebah yang hendak masuk ke sarang.

Ada yang menjadikan propolis ni sebagai makanan kesihatan tambahan dan sebenarnya ia juga mempunyai khasiat untuk kulit wajah tau.

Propolis bantu kulit jadi lebih sihat

Baru-baru ni kami diberikan kesempatan ke majlis pelancaran rangkaian terbaru The Face Shop, CNP Laboratory Propolis. Rangkaian terbaru ini menggunakan kebaikan propolis lebah sebagai bahan utama dalam produk penjagaan wajah terbaru mereka.

Kalau korang nak tau, propolis ni besifat anti-radang dan anti bakteria. Ia mempunyai kandungan yang bertindak sebagai agen anti penuaan, meningkatkan keanjalan kulit serta membuatkan kulit wajah menjadi lebih lembut.

Dengan keadaan apabila nak keluar rumah kena pakai pelitup muka, bekerja dalam suasana yang berhawa dingin atau bawah cahaya matahari. Kulit korang pastinya akan rasa penat yang kemudian menjadi punca kepada kulit kusam, kering dan rengsa.

Bagi mengatasi masalah ni kami cadangkan korang guna rangkaian CNP Laboratory Propolis. Kami dah try produk ni dan kami berani katakan ia memberikan kesan yang pantas pada kulit wajah dan paling penting teksturnya juga ringan dan tak melekit.

CNP Laboratory Propolis dapat berikan penghidratan segera pada kulit wajah korang, bila kulit hidrat wajah pon nampak lebih glowing dan sihat.

Pada korang yang nak cuba menggunkan rangkaian CNP Laboratory Propolis ni ia terdiri daripada Propolis Energy Ampule, Propolis Ampule Mist dan 3 produk terbaru yang diperkenalkan di bawah rangkain ini iaitu Propolis Amino Cleanser, Propolis Treatment Ampule Essence dan Propolis Essential Eye Cream.

Kembalikan kesihatan kulit wajah dengan rangkaian CNP Laboratory Propolis dan dapatkannya secara eksklusif di rangkaian The Face Shop hari ini.

Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook dan Instagram The Face Shop.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas