Connect with us

Oh! Media

Presiden Durian Musang King Dakwa Pekebun Hilang Punca Pencarian Selepas 20 Tahun

Trending

Presiden Durian Musang King Dakwa Pekebun Hilang Punca Pencarian Selepas 20 Tahun

Minggu lalu kecoh di media sosial selepas pekebun durian Musang King tidak berpuas hati selepas pihak berkuasa bertindak menebang semua pokok milik mereka kerana didapati telah menceroboh kawasan seluas kira-kira 101 hektar selama bertahun-tahun.

ADVERTISEMENT

Op Pamah yang bermula pada 3 Julai itu telah berjaya memusnahkan lebih 15,000 pokok durian Musang King yang ditanam secara haram di Hutan Simpanan Batu Talam Pahang.

Bagaimanapun, presiden Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang pada 11 Julai 2021 telah menyatakan rasa tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan tingakan pihak berkuasa.

Wilson turut mengecam tindakan tidak berhati perut dan telah membuatkan kehidupan para pekebun sengsara ketika musim pandemik ini.

Dalam hanya beberapa minit, pokok yang dibela, ditanam dan dijaga dengan penuh cermat selamat lebih 20 tahun habis begitu sahaja dalam masa 9 hari.

Tindakan JPMP membersihkan 250 ekar tanah tersebut dilihat akan memberi kesan kepada alam sekitar. Di mata JPNP, 15,000 pokok durian ini hanyalah nombor tapi bagi pekebun dan keluarga, ini adalah sumber pendapatan mereka yang terjejas teruk kerana pandemik. – Katanya.

Pihak berkuasa turut telah memaklumkan yang mereka kini sedang giat membersihkan tapak untuk kerja-kerja menanam pokok hutan dalam hutan simpan berkenaan.

Aktiviti menanam pokok hutan perlu dilakukan segera secara berperingkat, lebih 20,000 pokok hutan perlu ditanam. Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat, Rotan Tunggal, di sini bertanggungjawab sepenuhnya menanam pokok yang turut dibantu kakitangan daerah lain. – Kata Nor Azirim Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Rakyat Malaysia juga dilihat menyokong tindakan ini kerana menceroboh adalah satu tindakan yang salah.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas