Connect with us

Oh! Media

Popular Dengan Tagline ‘Sejuk Mi’, Adik Beradik Dedah Kisah Istimewa Samer Pelakon Syahmi Sazli

Trending

Popular Dengan Tagline ‘Sejuk Mi’, Adik Beradik Dedah Kisah Istimewa Samer Pelakon Syahmi Sazli

Pengarah muda berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli menghiburkan para pengikut apabila menampilkan gelagat saudaranya, Samer, yang gemar menjual pelbagai barangan.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian video yang sehingga kini mempunyai 21 bahagian, Samer dilihat sangat kreatif dan berkeyakinan ketika melakukan promosi barang jualannya.

Apa je yang dijual Samer pasti akan dibeli Syahmi membuatkan lelaki berusia 44 tahun itu berasa gembira. Ayat ‘memujuk’ paling popular yang digunakan Samer adalah ‘sejuk’ membuatkan para penonton terhibur.

Namun, di sebalik itu, ada kisah istimewa yang menjadikan Samer hari ini. Kisah itu diceritakan adik beradik Samer sendiri ketika Syahmi ke rumah mereka.

@syahmi.sazli

SAMER (Part 20): Kisah Istimewa Samer

♬ bunyi asal – Syahmi Sazli Production

Kata pengarah muda ini, dia berniat tanya sendiri adik beradik Samer kerana ada dakwaan mengatakan Samer seorang bekas askar dan pernah kena demam panas menyebabkan dia jadi seolah-olah lurus bendul.

Difahamkan, Samer merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Menurut adik bongsu Samer, sebagai anak sulung Samer terkena tempias tekanan apabila ibu bapa mereka ada masalah.

Lepas dia sekolah dia nak masuk askar, tapi orang tua dulu-dulu suka gaduh. Tekanan tu dapat dekat dia, dia duk fikir-fikir. Orang tua suka gaduh ada masalah keluarga, bila masuk askar kuat training, jadi dia tak boleh.

Sementara itu seorang lagi adik Samer memberitahu Samer mula jadi seperti itu selepas habis sekolah. Dia ada banyak masalah menyebabkan dia jadi tertekan.

Orang tua kita ni dia manjakan anak-anak dengan duit. Dia anak sulung, apa dia nak semua dapat. Duit tu mudah waktu tu. Bila orang tua ada masalah kewangan, bisnes bankrap. Apa yang dia minta dah tak dapat.

Tu salah satu faktor dia tertekan. Macam saya ni, orang tua tak manjakan sangat sebab saya tak sempat nak rasa ‘kesenangan’ tu.

Sejak kejadian tu, Samer jadi kemurungan sehingga dia dibawa berubat. Dia juga dah tak boleh buat kerja-kerja berat.

Mengenai pengalaman kerja Samer, adiknya memberitahu Samer memang berniaga haiwan sudah 7 atau lapan tahun. Dia ambil haiwan dengan rakannya kemudian jual dengan keuntungan RM10 ke RM20.

Samer langsung tak kedekut duit, duit yang dia berniaga dengan Syahmi kebanyakan dia berkongsi dengan anak saudara.

Kalau dia jumpa budak-budak, dia akan bagi duit sebab dia mudah kesian.

Kata adik Samer lagi, abangnya itu merupakan pelajar cemerlang sewaktu di sekolah dulu. Keputusannya memang banyak A. Namun itulah ujian yang perlu dihadapi Samer di dunia ini.

Kredit: Facebook | TikTok Syahmi Sazli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas