
Trending
Polis Siasat Toyota Alphard VIP Potong ‘Double Line’
Oleh
Tular di media sosial rakaman memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dipercayai milik orang kenamaan (VVIP) memotong kenderaan hadapan di garisan berkembar (double line) secara berbahaya.
BACA: (Video) Polis Cari Penunggang Basikal ‘Cucuk Angin’ Belakang Treler
Rakaman berdurasi 38 saat itu dipercayai berlaku di Jalan Bukit Marak – Binjai, Kota Bharu, Kelantan. Ketika kejadian, jalan raya dilihat berada dalam keadaan sibuk. Lebih membimbangkan, ketika kenderaan itu memotong, ada kenderaan lain datang dari arah bertentangan.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berkenaan video tular.
Siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.
Kredit: Kosmo! Online
