Connect with us

Oh! Media

Polis Sedang Teliti Satu Persatu Individu Berebut Dapatkan Hotwheels

hotwheels

Trending

Polis Sedang Teliti Satu Persatu Individu Berebut Dapatkan Hotwheels

Baru-baru ini kami perasan juga ada satu gambar yang tersebar menunjukkan orang lelaki dewasa ni beratur depan kedai mainan. Lepas kedai tu buka je, terus semua masuk berebut-rebut nak dapatkan mainan. Mainan apa? Kereta Hotwheels katanya. Patutlah…

ADVERTISEMENT

Tapi siapa sangka gamar yang tersebar ni turut menarik perhatian pihak polis. Ini apabila sekumpulan lelaki ini didapati telah melanggar SOP penjarakan fizikal dengan mengerumuni rak mainan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kedai mainan di pusat beli belah Bukit Jalil. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mengesahkan perkara itu dan mereka sedang cuba mengesan semua lelaki berkenaan.

Polis meneruskan siasatan untuk mengenal pasti individu yang terbabit pelanggaran SOP di premis berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021. – Katanya.

Diharapkan penguatkuasaan pematuhan SOP ini terus dilakukan bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa mematuhinya. Siapa yang ada maklumat mengenai gambar yang tersebar ni boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas