Connect with us

Oh! Media

Polis Menahan Seorang Lelaki Dipercayai Mencekik Dan Mengugut Pekerja Kedai

Trending

Polis Menahan Seorang Lelaki Dipercayai Mencekik Dan Mengugut Pekerja Kedai

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang individu dipercayai mencekik dan mengugut seorang pekerja runcit yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan.

ADVERTISEMENT

Ekoran itu, suspek yang berumur 50 tahun itu telah ditahan pada pukul 10 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku, lapor Kosmo.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa sekaligus merupakan pekerja di kedai runcit berkenaan lebih kurang pukul 12.30 tengah hari semalam.

Didapati mangsa yang berumur 22 tahun telah menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu badan dan juga tidak menulis nama pada buku yang telah disediakan

Susulan itu, suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban untuk tahanan reman di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mendatangkan kecederaan pada mangsa dengan sengaja.

Bukan itu sahaja, suspek juga bakal dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Kredit : Kosmo Online

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas