Connect with us

Oh! Media

Suspek Kes Tembakan Di Setia Alam Dikenal Pasti, Ada 11 Rekod Lampau!

Ohmedia om Featured New 1200x675 23

Trending

Suspek Kes Tembakan Di Setia Alam Dikenal Pasti, Ada 11 Rekod Lampau!

Dalam perkembangan terkini, pihak polis telah mengenal pasti suspek dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah malam tadi.

BACA: Tembakan Di SCM: Seorang Lelaki Cedera, Suspek Tahan Kereta Tak Dikenali Dan Larikan Diri

Memetik laporan Bernama, suspek utama merupakan lelaki tempatan berusia 30-an dengan 11 rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan dadah dan jenayah lain.

IKLAN

Suspek ada 11 rekod lampau, berkulit cerah

Tembakan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berkulit cerah dan usaha untuk memburunya masih giat dilakukan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Selain itu, suspek turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atas cubaan membunuh.

Setakat ini, pihaknya telah menerima tujuh laporan daripada saksi awam yang berada di lokasi kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi ASP Mohd Afandi Ahmad di talian 016-7252948.

Mangsa ditembak sedang menyimpan peralatan mencuci

Suspek Tembakan

Dalam maklumat lain, Hussein Omar berkata, ketika kejadian mangsa yang ditembak sedang menyimpan peralatan mencuci di aras P1.

Tembakan yang dilepaskan suspek telah mengenai kaki dan punggung mangsa. Mangsa yang cedera melarikan diri ke dalam pusat beli belah.

Kenyataan penuh pihak polis

Img 7604
Img 7605

Suspek pula lari ke aras P2 dan menahan Perodua Ativa yang dipandu seorang pengunjung.

Suspek mengacukan pistol dan memaksa pemandu membawanya keluar daripada Shah Alam.

Setibanya di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), suspek meminta pemandu berhenti di tepi jalan dan terus melarikan diri.

Ohmedia om Featured New 1200x675 23

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Bernama


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas