Connect with us

Oh! Media

Polis Ambil Tindakan Terhadap Penguat Kuasa Tidak Memakai Pelitup Muka

Trending

Polis Ambil Tindakan Terhadap Penguat Kuasa Tidak Memakai Pelitup Muka

Tular satu gambar yang menunjukkan seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak memakai pelitup muka sewaktu mengenakan kompaun terhadap peniaga di Rantau Panjang.

ADVERTISEMENT

Oleh itu, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir selaku Ketua Polis Daerah Pasir Mas berkata, individu tersebut dikenakan tindakan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak memakai pelitup muka di kawasan awam, lapor Harian Metro.

Polis sedang mengesan kakitangan PBT berkenaan untuk dikenakan tindakan dengan kadar segera susulan laporan polis telah dibuat.

Laporan polis dibuat bertujuan untuk menjalankan risikan dan siasatan berkaitan gambar yang tular dan mengambil tindakan sewajarnya.

Gambar yang tular itu dipercayai berlaku ketika penguatkuasa tersebut mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan yang menjalankan perniagaan di lokasi yang tidak dibenarkan berdekatan Masjid Beijing, Rantau Panjang.

Gambar itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana penguat kuasa terbabit tidak memakai pelitup muka sewaktu menjalankan tugas

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

 

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas