
Trending
“PMX Tukar Hannah Yeoh” – DMA Islam Berang KBS Batalkan ‘Fight’ Saat Akhir
DMA mempersoalkan mengapa KBS ‘goyang’ dengan kontroversi yang dikaitkan dengannya.
Aksi tinju di antara pempengaruh kontroversi, DMA Islam dan Abang Koroy yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada malam Ahad telah dibatalkan pada saat akhir.
Difahamkan, pembatalan dibuat kerana acara dilihat tidak selaras dengan matlamat Hari Belia Negara yang menekankan pembangunan sahsiah dan nilai positif dalam kalangan belia.
Tinju DMA dan Abang Koroy dibatalkan
Malah, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga dikatakan tidak dimaklumkan secara rasmi dengan lebih awal.

Pembatalan acara tinju ini membuatkan DMA Islam berang kerana telah membuat persiapan secara tiga bulan.
Dia meluahkan rasa kecewa dan marah dengan tindakan KBS yang disifatkan tidak adil terhadapnya dan menyusahkan ramai orang.
DMA luah rasa berang
Aku datang training penat-penat daripada Kelantan ke KL. Aku commit 3 bulan training tiba-tiba korang nak batalkan macam tu je?! Kau menyusahkan banyak orang.
Jelas DMA, ramai penonton datang termasuk dari Sabah dan Singapura untuk memberikan sokongan.
Tetapi, duit mereka terpaksa ‘hangus’ disebabkan KBS yang didakwa goyang dengan kontroversi yang dikaitkan dengannya sebelum ini.
Kenapa korang nak banned? Kenapa korang goyang dengan DMA guys? Masalahnya kenapa sampai KBS pun goyang dengan aku? KBS kenapa halang aku? Kenapa tak bagi aku bersukan? Aku orang muda.
Pempengaruh ini turut membandingkan dengan influencer lain yang lebih banyak kontroversi tetapi bebas menganjurkan acara.
Dalam nada kecewa, DMA berkata, sebelum ini dia sangat menyokong pihak-pihak yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Tetapi kini, dia mendakwa kebebasan tersebut sudah disekat.
Kepada PMX, maybe PMX kena tukar Hannah Yeoh. Jangan bagi dia handle bahagian belia sukan ni, maybe boleh bagi dia handle bahagian logistik atau lombong najis. Sukan bagi dekat orang yang faham aspirasi anak muda.
Dalam luahan yang sama, DMA sempat meminta maaf kepada penyokong yang datang dari jauh semata-mata untuk melihat dia bertinju.
