Connect with us

Oh! Media

PM Thailand, Paetongtarn Shinawatra Digantung Tugas

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

PM Thailand, Paetongtarn Shinawatra Digantung Tugas

PM Thailand Paetongtarn Shinawatra digantung tugas kerana isu diplomatik dengan Kemboja.

Politik Thailand kembali bergolak apabila Perdana Menteri mereka, Paetongtarn Shinawatra, digantung tugas oleh Mahkamah Perlembagaan negara itu selepas tercetusnya kontroversi membabitkan pertikaian diplomatik dengan Kemboja.

Perkara itu berlaku pada hari sama bapanya, Thaksin Shinawatra, turut berdepan pertuduhan jenayah berkaitan dakwaan memfitnah institusi diraja. Sekali lagi, nama keluarga Shinawatra menjadi tumpuan politik negara gajah putih itu.

PM Thailand digantung sebab panggil Hun Sen “pak cik”?

Pm Thailand

Semuanya bermula apabila Paetongtarn, 38, didapati menghubungi bekas pemimpin Kemboja, Hun Sen, dan memanggilnya dengan gelaran mesra “pak cik”. Dalam perbualan yang bocor itu, beliau turut merujuk seorang komander tentera Thailand sebagai “lawannya”.

IKLAN

Rakaman tersebut mencetuskan kecaman dan bantahan besar-besaran daripada ahli politik konservatif Thailand yang mendakwa Perdana Menteri itu tunduk kepada Kemboja dan melemahkan kedudukan tentera negara sendiri.

Akibat tekanan berterusan, Mahkamah Perlembagaan bertindak membuka siasatan terhadap Paetongtarn atas dakwaan melanggar etika menteri dalam isu sempadan negara.

Mahkamah Perlembagaan dengan majoriti 7-2 menggantung responden daripada tugas Perdana Menteri mulai 1 Julai sehingga Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan.- Kata kenyataan rasmi badan kehakiman itu.

Tindakan ini dilihat sebagai tamparan besar kepada keluarga Shinawatra yang sudah lama dilabel sebagai ancaman kepada golongan elit konservatif dan protentera di Thailand.

Pssttt! Gelaran mesra yang dianggap biasa dalam budaya Asia boleh jadi isu besar dalam dunia politik, terutamanya apabila melibatkan hubungan diplomatik dan sensitiviti ketenteraan. Situasi ini bukan sahaja beri kesan pada imej pemimpin muda seperti Paetongtarn, tetapi juga menambah lagi episod pergolakan dalam politik Thailand yang memang sudah lama berpecah dua.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas